Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan menerima mengadap
13/04/2024

dpmm_130424.jpg

Sementara itu, pada Majlis Mengadap berasingan yang berlangsung pada sebelah pagi tadi, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga berkenan menerima mengadap Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura, TYT Dr. Mohamad Maliki bin Osman, dan rombongan di Qashr Al-Meezan. 

Menyertai TYT pada kedua-dua Majlis Mengadap ini ialah Menteri Negara, Pejabat Perdana Menteri, TYT Desmond Tan Kok Ming; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, TYT Laurence Bay Siow Hon; dan Ahli Parlimen, Ms. Yeo Wan Ling. 

Juga hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Timbalan Menteri (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos; dan Setiausaha Tetap di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​